Welcome to Family Mushrooms

Ahad, November 16, 2008

Cendawan Goreng Telur

Bahan-bahan:

1) 200gm Cendawan.
2) sedikit
serbuk kunyit .
3) secukup garam.

4) sedikit air.

5) 4 biji telur ayam.
6) minyak masak.

Cara-cara:


1) Gaul cendawan dengan garam, kunyit dan air.

2) Masukkan dalam kuali dan masak sehingga air tinggal sikit.
3) Masukkan minyak
.
4) Masukkan telur dan kacau sehingga rata.

5) Sedap dimakan bersama nasi panas.


Selamat mencuba.......

Sup Cendawan

Bahan-bahan:


1) 3 paket cendawan (300gm)

2) 5 ulas bawang putih yang dipotong halus.

3) Sedikit serbuk lada hitam.

4) Garam.

5) Air 3 gelas.


Cara-cara:


1) Hiriskan bawang putih halus-halus.

2) Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga warna keemasan.
3) Masukkan cendawan dan kacau dengan pantas.

4) Masuk sedikit serbuk lada hitam.
5) M
asukkan garam secukup rasa.

6) Masukkan air dan masak hingga mendidih.
7) Dihidangkan ketika masih panas.


Selamat mencuba........

Cendawan Goreng

Bahan-bahannya:

1) 5 biji telur ayam yang di kacau rata.
2) Tepung Kentucky
3) Cendawan segar baru petik dari ladang

Caranya:

1) Basuh cendawan dan toskan.
2) Celup cendawan ke dalam sebatian telur yang dah dikacau.
3) Gaul atau balik-balikan cendawan keatas tepung kentucky.
4) Masukkan ke dalam kuali dan goreng sehingga garing.

Perasa Tambahan:

1) Boleh buatkan sambal kicap
2) Atau sos cili dan sebagainya sebagai pencicah.

Selamat mencuba.......

Selasa, September 30, 2008

Hasil Projek Cendawan


Aku tersenyum puas cita2 ku sudah mendatangkan hasil...... Cendawan pertama siap dikutip.......


Bungkah2 sudah mula mengeluarkan hasil....


Bungkah yang paling banyak mengeluarkan cendawan.......


Makin hari makin banyak bungkah mengeluarkan cendawan......


Hampir kesemua bungkah telah mengeluarkan hasilnya.........

Ahad, September 07, 2008

About me

Name : Noor Hazeera binti Mohamad Ghazali
Address : No. 103, Blok 5, Flat Taman Dato' Harun, 46000 Petaling Jaya, Selangor D.E.
Age : 23
D.O.B : 15th May 1985
P.O.B : HUKL
Interest : Business, travelling and etc.
Education : 1) 1991-1997 : Sek Keb Taman Medan
2) 1998-2002 : SMKA Kuala Selangor
3) 2003-2008 : International Islamic University Malaysia- Bachelor
Degree of Human Sciences Majoring in Political Science
Employment : Customer Service Executive, Fuji Xerox Malaysia Sdn. Bhd.
Mushroom : Just started on 20th July 2008

Sabtu, September 06, 2008

Hubungi Kami

Sila hubungi kami di:

Alamat

No. 103, Blok 5,
Flat Taman Dato' Harun,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon
H/P: 017-6389515

Email
familymushrooms_ze@yahoo.com

Jumaat, Ogos 08, 2008

CENDAWAN... its just a beginning

Salam...
Alhamdulilah.. at last i managed to finish my study...da abis study aku decide nk bkak biseness kecil-kecilan, wat cendawan. mula2 aku nk bkak bisnes cacing sbb pak cik aku bkak ok je, tp lps aku buat research aku decide nk bkak bisnes cendawan dulu.. da ada budget lbh nnt, InsyaAllah, aku usahakan bisnes ccg plak..
Mula2 nk bkak aku discuss ngan parents dulu, moga dgn restu diorg aku akn berjaye dlm ape jugk yg aku lakukan.. Amin... then,tnyer pendapat kwn2, tanyer diri aku sendiri, lastly, dgn sokongan semua pihak, aku pon start busines..
2nd July : 1st visit to Kota Kemuning - bought 10 unit bongkah cendawan for trial.
15th July : Bangsal mula dibina
21st July : Bangsal siap sepenuhnyer
22nd July : Went to Bukit Beruntung - bought 300 unit, change 1 unit that damage with 3 unit for free.. hehe (",). Thanks ye En Wan.

Khamis, Ogos 07, 2008

Aktiviti2 peringkat permulaan.


Sedang menyiapkan rumah cendawan.....Adik2 banyak membantu dalam kerja2 pembinaan.


Alangkah gembiranya.....akhirnya rumah cendawan siap dibina dalam tempoh masa yang dirancang......


Sedang sibuk memunggah bungkah2 dari kereta ayahku.....nasib baik adik2 mahu membantu.....ringan sikit beban tugas.....


Bongkah2 yang dibeli dari Pengusaha muda kat Bukit Beruntung telah siap disusun........


Cendawan yang dah mula mengeluarkan hasil.....Syoknya rasa tak terkira.......hasil usaha sendiri...

 
Template by Templates para Você